About Us

As-salam,

Anggerik Stall merupakan kedai online pertama saya. Insya Allah, saya akan menawarkan produk yang berkualiti tinggi setanding dengan harga yang ditetapkan.

Saya amat suka kepada kecantikan, kesempurnaan dan minat mendalam terhadap seni membuat kuih. Oleh yang demikian, Anggerik Stall ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Anggerik's Boutique dan Anggerik's Bakery. Anggerik's Boutique menjurus kepada penjualan tudung manakala Anggerik's Bakery pula adalah penghasilan baking product homemade. Diharap anda dapat memberi kepercayaan yang penuh dan menyokong saya bagi saya meneruskan perniagaan kecil-kecilan saya ini.


Segala pesanan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan atau ditukar. Anggerik Stall juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan semasa tempoh penghantaran.

Pulangan wang tidak dibenarkan melainkan item yang dipesan sudah ketiadaan stok. Anggerik Stall akan cuba sebaik mungkin untuk memaparkan kualiti gambar seperti mana stok fizikal yang ada. Bagaimanapun, Anggerik Stall tidak jamin kerana paparan warna monitor mungkin berbeza bergantung kepada jenis komputer yang digunakan. Harga yang dipaparkan adalah tetap, walaubagaimanapun Anggerik Stall akan tawarkan harga dan servis yang terbaik.



Lots of ♥,

Anggerik Stall